Walau apa sahaja kecanggihan perkakasan 
dan perisian yang digunakan dalam sistem penyampaian maklumat, membaca 
merupakan satu proses yang amat diperlukan untuk mengakses, menterjemah 
dan akhirnya memahami maklumat tersebut.
Proses ini berlaku di sekolah dan guru 
merupakan sumber utama yang mampu memupuk budaya membaca ini dalam 
kalangan murid. Memang tidak dapat dinafikan membaca merupakan proses 
yang bosan serta tidak digemari oleh sebahagian besar murid-murid. Kita 
tidak boleh menyalahkan mereka kerana membaca memerlukan daya tumpuan 
yang tinggi. Sedangkan isi bacaan, gaya penulisan dan olahan serta 
susunan grafik yang terdapat pada halaman-halaman buku tersebut amat 
mempengaruhi daya tarikan membaca.
Tidak hairanlah kenapa buku-buku atau 
majalah-majalah yang mempunyai saiz huruf  yang besar serta susunan 
grafik yang menarik dan berwarna –warni menjadi pilihan murid-murid. 
Manakala buku yang terlalu tebal, saiz huruf yang kecil dan tidak 
mempunyai gambar, kurang digemari oleh mereka. Dalam hal ini guru harus 
memainkan peranan yan penting dalam usaha memupuk budaya membaca. Mereka
 tidak seharusnya memberi arahan sahaja  kepada pelajar untuk membaca 
tetapi perlu merangka aktiviti yang sesuai dan menarik agar rasa bosan 
dapat ditangani.
Sebagai contoh aktiviti yang dirancang oleh guru bolehlah mengandungi arahan seperti berikut:
• Mencari dan menerokaMencari maklumat dan meneroka kisah yang terdapat di dalamnya.
• Menyenarai :Menyenarai maklumat yang berkaitan dengan topic yang dibaca
• MelakarMelakar peta minda atau bentuk grafik yang lain
• MenilaiMembuat jangkaan, mengkaji kebaikan atau kelemahan dan membuat cadangan terhadap bahan bacaan tersebut.
• Mempersembah menyampaikan
 isi bacaan yang dilakar dalam pelbagai bentuk dan gaya persembahan 
seperti lakonan, bacaan berirama, berhujah dan sebagainya mengikut 
kesesuaian tahap masing-masing.
Aktiviti-aktiviti yang disebutkan di 
atas sebenarnya telah menggabungkan pelbagai deria dan gaya belajar 
serta mengambil kira aspek kepelbagaian kecerdasan yang ada pada 
seseorang  murid. Malah aspek pemikiran kritis dan kreatif serta budaya 
inovasi sudah digarapkan dalam aktiviti ini.
Guru seharusnya kreatif dalam proses 
merancang corak pembelajaran dan pemilihan media pengajaran kepada 
murid-murid. Kekangan masa serta hal-hal lain tidak harus dijadikan 
alasan kenapa pengajaran yang berasaskan sumber dan aktiviti tidak dapat
 dijalankan.
Perancangan yang rapi, pemilihan yang 
bijak  serta jiwa yang ikhlas mampu mewujud pembelajaran yang menarik 
dan berkesan ke arah pembentukan modal insan yang bermaklumat dan mulia.
sumbe maklumat : Berita Harian




0 komentar:
Post a Comment